Wednesday, July 28, 2010

Update 29JULY2010 MUSIM ARNAB BERANAK

Assalamualaikum...

Sekarang ni musim arnab dok beranak...Baca kat blog rabbit breeders banyak dok cerita pasal arnab beranak..
Kat kandang RRSJ pun dalam bulan July/10 ni..dah 4 ekor ibu beranak....TAPI...
22/July/10 : Teddy Bear beranak 3 eokq. 2 ekoq mati masa lahir. 1 ekoq mati lepas 2hari.
24/July/10 : Woody Toy beranak 2 ekoq. Kedua2 mati lepas 2 hari beranak.
25/July /10 : Fluffy Angora beranak sekoq...mati lepas lahir.
29/July/10 : Fluffy angora beranak. Setakat ni Ok lagi...

Kecuali Fluffy angora yg beranak 25/July tu, semua nya ibu-ibu muda yg pertama kali beranak.Depa tak cabut bulu sebelum beranak dan tak bagi susu kat anak depa lepas beranak...
RRSJ pun X dak masa nak dok paksa bagi ibu depa bagi susu..jadi semuanya mati..
Mungkin tak dak rezeki la kot...Sejak 2 ekoq Teddy Bear hilang minggu lepas...RRSJ dok berasa sedih lagi....tak rasa berminat nak dok tengok arnab2 yg baru beranak tu....

La ni, ada lagi beberapa ekoq ibu dok bunting...InsyaAllah dalam bulan Ogos nanti akan ada lagi beberapa kelahiran...Sama2 kita tunggu...

Monday, July 26, 2010

Update 26JUly2010 Koleksi Arnab RRSJ

Assalamualaikum,
Perkenalkan 2 lagi penghuni Rnab Rkus Seberang Jaya......



Angora Betina - Caroline

Teddy Bear Betina - Jessie




Sunday, July 25, 2010

Update 26July2010 Arnab RRSJ Kena Curi

Assalamualaikum.

Arnab Kena Curi....
Hu..hu..hu sedih..sedih...Arnab yg RRSJ tatang dan jaga dgn elok....dah dicuri orang...
Balik kerja 21July lalu, bila pi kandang untuk rutin harian bagi makan..tengok satu sangkar
yg RRSJ letakkan Teddy Bear jantan dan betina untuk kahwin dah lesap.....ingat jatuh ka apa ka..tapi SAH sangkar tu tak ada....DICURI ORANG...
Rasa letih jugak la....dah 6 bulan 2ekor Teddy BEar ni RRSJ beli...lesap begitu saja...
RRSJ cuba hadapi dugaan ni dengan tenang tapi sekali2 mai jugak perasaan geram tu..
Hai SI PENCURI, insaf lah, harga arnab tu langsung tak berbaloi untuk menerima azab Allah
di akhirat nanti....
RRSJ doakan agar Allah lembut kan hati Si Pencuri ni untuk pulang kan balik arnab beserta
sangkar tu......

Kepada breeder dan pemilik arnab lain, berhati-hatilah sebab mungkin suatu hari nanti anda
akan mengalami nasib yg sama.....Semoga di jauhi Allah...

Sunday, July 18, 2010

Update 19July2010 Teloq Sebijik


Masa beli dulu dia kecik lagi, comel sangat. Lion Head...sebijik macam anak singa. RRSJ taruh harapan yg amat tinggi untuk jadi Induk yg hebat. Membesar dgn sempurna...Bila umoq dia masuk 6 bulan, mula letakkan betina untuk dikahwin kan...lepas sekoq, sekoq RRSJ letak dalam sel si Lion Head jantan yang hebat ni...tapi apakan daya, semua nya tak menjadi...lepas 14 hari
diletakkan sekali, tak sekoq pun betina yang bunting..
Ari Sabtu lepas (17/JUly), bila check tengok.....rupa2nya teloq cuma ada sebijik !!!! Patut la yg betina tak bunting...Disebabkan kekurangan sel....RRSJ pun sembelih Lion Head ni dan dijadikan sup unluk lunch kemarin (18/JUly).


Thursday, July 15, 2010

Update 16JULY2010 Expo Pertanian

Assalamualaikum Semua.
Expo Pertanian peringkat Penang dah abis dekat seminggu dah....disebabkan masalah kesihatan dan bizi x habis2, lambat lah sikit RRSJ nak crita tentang xpo tu....
1. Pertandingan Arnab Cantik.
Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Kami dapat mengumpulkan 14 arnab yg cantik2.
Juri Awam yg terdiri dari pengunjung Xpo...dapat 180 orang. Kira Okey la tu...berbanding dengan promosi yg tak seberapa disamping x ada pengalaman langsung. Hasil kerja team work
ahli2 Kelab Arnab Ku, Pertandingan Arnab Cantik ni berjalan lancar.
Pemenangnya ialah Arnab Teddy Bear kepunyaan En Zaim dari Penaga, Penang. Nanti, InsyaAllah RRSJ akan upload kan gambarnya.
Tempat ke2, Teddy Bear kepunyaan Ustazah Sofiah dari Bukit Mertajam...
Tempat ke3, Fuzzy Lop kepunyaan ....RRSJ sendiri la..Malunyer...penganjur sendiri kalah!!!!

2. Hasil Jualan
Dah nama pun Xpo Pertanian/Peladang, kali ni, sales kami agak baik berbanding Xpo usahawan
Bumiputera dulu...Alhamdulillah. 15ekor arnab dan 4ekor arkus RRSJ bertukar tangan...Yg kawan2 lain pun , khabarnya Sales adalah memberansangkan...

3. Penghargaan
RRSJ mengambil kesempatan di blog ni untuk mengucapkan berbanyak terimakasih:
- Fauzi (KTP Farm)
- Zaim (Penaga)
-Zabidi (Penaga)
-Zamri (Juru)
-En Yusof (De Village)
-En Yusof (KAA)
Individu diatas telah bertungkus lumus untuk menjayakan Pertandingan Arnab cantik disamping Pameran Dan Jualan.

- Semua peserta yang menyertai Pertnadingan Arnab Cantik
-Semua pengunjung yg menyertai sebagai Juri Awam
- Semua pengunjung yg melawati gerai kami..

Last but not least...Setinggi penghargaan kepada En Rohaizat, En Rusydi dan semua staff2 Jabatan Veterinar yang terlibat...tanpa sokongan mereka, tak mungkin kami dapat tapak di Expo Seberang Jaya...