Monday, January 17, 2011

18JAN2011 UPDATE MUSIM ARNAB BERANAK

Assalamualaikum,
Bermula dari akhir tahun hingga ke hari ini banyak induk2 kat kandang RRSJ telah beranak. Walaupun jumlah anak untuk satu kelahiran tu x banyak, tapi ALHAMDULILLAH kerana mereka beranak. Antaranya:

1. Noni (Angora) Beranak 2 ekoq, hasil perkongsian hidup dgn Jantan Woody Toy.
2. Zizie (Teddy Bear) beranak 3 ekoq, bapak EA
3. Mek Bu (Teddy Bear) beranak 4 ekoq, bapak EA
4. Etoy (Woody Toy) beranak 3 ekoq, bapak Woody Toy. Sekoq mati sbb kecik sangat....Ni antara yg terlaris untuk kelahiran pertama dulu. PURE WOODY TOY.
5. Siam (Teddy Bear), beranak 3 ekoq. bapak EA. Yg pertama dulu anak nya cantik.
6. Mai Non (Teddy Bear) beranak 3 ekoq jugak. Yg ni bapak EA.

Kira yg kecik2 sekarang ni ada 19ekoq...Kira meriah la nak sambut TAHUN ARNAB ni...
Bila depa besaq sikit nanti, RRSJ akan upload kan gambaq depa...

Tapi....yg dok berdebaq-debaq la ni ialah....
PURE HOLLAND LOP pun nampak nya dah bunting...2 ekoq...
Rasa x sabaq nak tengok kecomelan mereka. RRSJ berdoa semoga Allah memberi rezeki dari PURE HOLLAND LOP ni....
Harap anda yg melawat blog ni pun tumpang berdoa agar kelahiran pertama PURE HOLLAND Lop di kandang RRSJ menjadi.....

Thursday, January 13, 2011

UPDATE 14JAN2011 Dah panjang...

Assalamualaikum,

GP kat kandang RRSJ semakin membesaq....Yg Peruvian tu bulu depa dah mencecah lantai...Seronok gak dok tengok kecantikan depa-depa ni...



========================================================
Sementara tu , puak-puak yg makan bulu sendiri tu, bulu depa pun dah agak panjang balik dah....diantaranya...





Ramai jugak, customer dok tanya harga nak beli...Mintak maaf sebab sekarang ni RRSJ belum lagi ada anak Peruvian atau Coronet untuk dijual...Nanti lah bila ada anak nanti RRSJ update kan dalam blog ni..
Sementara tu, seronok la jugak bila semua customer yg mai tengok Peruvian dan Coronet ni, depa kata memang cantik2....dan x pernah tengok lagi GP macam ni...

Wednesday, January 12, 2011

UPDATE 13JAN2011 PELET GOLD COIN NAIK HARGA

Assalamualaikum,
Pengumuman..Pengumuman...Pengumuman !!!!

Start dari 1/Jan/2011 dulu, PELET GOLD COIN dah naik harga....
Sehubungan dengan itu tak dapat tidak, RRSJ pun TERPAKSA jual ikut harga baru seperti berikut:

Satu Guni (25kg) : RM43.00
Satu Kg : RM2.50

Mungkin membeban kan la bagi penternak arnab kat kawasan utara ni dengan kenaikan yang amat ketara...

Tuesday, January 11, 2011

UPDATE 12JAN2011 ND FOR SALE

Assalamualaikum,
Minta maaf sebab x dapat nak update blog di tawun baru ni..sibuk sangat.
Dalam proses pengurangan kuantiti, RRSJ dah nak STOP aktiviti breeding Netherland Dwarf ni...Baka baik2 yg ada pedigree dok asyik mati saja...
Dibawah ni tinggai 2 ekoq untuk di let go....

========================================
Ni yg pertama...



Baka : Netherland Dwarf
Jantina : Betina
Warna : Chestnut
Umur : Dalam 3.5 bulan
Harga : RM220 (Nego)
Lokasi :Seberang Jaya, Penang
Contact : 013 485 2527 (Hanif) Call atau SMS Okay.


==========================================
Dan yg ni pulak yg ke2



Baka : Netherland Dwarf
Jantina : Betina
Warna : Broken Black
Umur : Dalam 3 bulan
Harga : RM200 (Nego)
Lokasi :Seberang Jaya, Penang
Contact : 013 485 2527 (Hanif) Call atau SMS Okay.

=======================================================