Wednesday, June 30, 2010

UPDATE 1JULY2010 PERTANDINGAN ARNAB CANTIK

Assalamualaikum....

Anda rasa rnab anda cantik...atau rnab anda gebu giler...atau bulu nyer mmmph, pannnjang sangat..sampai tutup mata...atau apa2 sajalah yg membuat anda bangga sangat ngn rnab anda tu.....

MAI LA JOIN KAMI UNTUK PERTANDINGAN ARNAB CANTIK.....

Tarikh : 10/Julai /2010 hingga 11/Julai/2010
Tempat : Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang

Pertandingan Arnab Cantik ni, diadakan sempena dengan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan peringkat P. Pinang. Anjuran bersama Jabatan Veterinar Pulau Pinang dan Kelab Arnab Ku Seberang Perai.

Ekspo tu akan diadakan dari 8/Julai hingga 11/Julai, tapi pertandingan rnab ni kami cuma buat 2 hari saja...10/Julai dan 11/Julai...

Secara ringkas:
- Semua baka rnab berumur 2 bulan keatas layak untuk bertanding.
- Tak ada apa2 kriteria, janji cantik...dah layak untuk bertanding.
- Hakim adalah Juri Awam. Tak pakai Juri Profesional.
-Pengunjung ekspo yg berminat boleh mengisi borang utk pilih rnab yg depa rasa cantik.

Yuran Penyertaan:
Peserta (yg bawak rnab) :RM15.00 (Belum muktamad)
Juri Awam : RM1.00

Hadiah:
Arnab Paling Cantik :
Sepasang Rnab Baka Teddy Bear (Belum Muktamad)
Sangkar
Makanan Untuk Sebulan (Pelet Gold Coin)
Bekas Makanan
Bekas Minuman

Juri Awam (Melalui Cabutan Bertuah)
Sepasang Rnab Baka Mix (Belum Muktamad)
Sangkar
Makanan Untuk Sebulan (Pelet )
Bekas Makanan
Bekas Minuman


Tolong uar-uar kan semua peminat rnab untuk join Pertandingan Arnab Cantik ni..

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En Yusof : 017 436 8010
En Yusof Zaki : 019 494 4498
En Fauzi : 019 523 4597
En Hanif : 013 485 2527

Kita jumpa di sana !!!!!

Tuesday, June 29, 2010

Update 30June2010 Koleksi Arnab RRSJ

Assalamualaikum....
RRSJ nak memperkenalkan koleksi arnab RRSJ.....
Masa mula2 dulu...rajin...semua rnab ada nama....Tapi sekarang ni sebab tak dak surat beranak, banyak sangat, dah tak larat nak bubuh nama...dan tak larat nak ingat nama2 depa...Apa pun tengok la dulu puak2 yg PIONEER kat RRSJ...




Yang ni "Duke" English Angora Jantan...boleh tahan hansem..

Auw..auw...malu nyer....Nama I..nama I...."Queen" English Angora Betina.

Cukup la dulu 2ekoq...nanti RRSJ tunjuk yang lain pulak....


Wednesday, June 23, 2010

Update 23JUNE2010 Arnab Beranak

Assalamualaikum.
Setelah kemarau panjang, rnab dan rkus RRSJ mula beranak balik....
Dari CNY (Raya Cina) dulu berhenti, akhir bulan Mei dulu sekor beranak dan 2 hari lepas lagi
sekoq beranak...Seminggu lepas, rkus pun beranak...
Tapi.....semuanya anak depa sekoq-sekoq saja...Dok demam kemarau tak habis lagi kot!!!!
Dari apa yg RRSJ dengaq dari kawan Breeders sebelah utara ni, rnab depa pun tak beranak jugak sepanjang musim kemarau/panas dulu.....Dan yg paling teruk ....ada jugak rnab yg mati...

La ni, sekoq ibu Teddy Bear dok tengah bunting dan sekoq ibu rkus-abby pun dok tengah bunting...jadi InsyaAllah dalam bulan depan RRSJ akan terima banyak lagi baby2 baru...
Kalau depa dok buat perangai...alamat tak tidoq malam la RRSJ bulan depan!!!!.

Wednesday, June 9, 2010

Update 10June2010 Sambung Cerita Ekspo

Update 10June2010
Assalamualaikum....
Macam2 ragam manusia yg RRSJ dapat tengok masa dok tunggu kat ekspo...
" Arnab ni gigit dak"?
"Eeii..gebunya"
"Ya, Allah...tak nampak mata"
"Mak..mak..tengok hamster ni!!!?. Bukan hamster...arkus la dik ooi..
"Ni kacukan mana ni"?. Kacukan kalu..X cantik mcm ni la bang...
"ish..arkus sampai Rm80...mahai...!". Mcm tu la harga abys dik ooi
"Tak caya la arkus tu kita boley makan..geli nya"
"Bang, boley kurang sket dak harga tu..mahai sangat la.."

dan..macam2 soalan lagi..

"Dulu saya beli sepasang...betina dah mati...kalau saya bawak yg jantan saya tu..kawin dgn yg betina abang tu...nanti anak dia kita nak kira macam mana"?

"Saya ada sekoq rnab jantan...nak tolak kat abang boley x"?

"Rnab ni boley idup lama mana"?

Tapi syok jugak...sbb dapat jumpa ramai orang...Walau pun sales langsung X memberangsangkan, tapi as promosi tu.. kira Okay la...

Pada pelayar2 yg baca artikel ni kalau mai Penang...singgah la kat ekspo Seberang Jaya ni....Pakat-pakat support la usahawan bumiputera kat Penang...ni...Kami akan ada kat ekspo Seberang Jaya sampai hari Ahad 13/June/2010 11:30 malam..

Mai...jangan tak mai...

Tuesday, June 8, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (ntah apa2 yg salam 1 M'sia tu).
Pada yg bukan Islam diucapkan Selamat Sejahtera.
Seperti yg di uar-uar kan dulu, Rnab Rkus Seberang Jaya (selepas ni nak sebut RRSJ- syok sendiri ka pa...) berada di Ekspo Usahawan Bumiputera Seberang Jaya dari 4/June ari tu sampai Ahad nak masuk ni 13/Jun/2010. Tak leh nak cakap usahawan lagi la...baru ada 4..5 ekoq arnab...usahawan pa nama...
Atas ikhsan En Yusof - Permatang Ara, RRSJ dapat tumpang semeja kat dalam tu...boleh la pamirkan 2..3 ekoq arnab....Selain dari RRSJ dan En Yusof, Kebun Arnab Aiman dan En Fauzi (Kampung Tok Panjang - Bukit Tengah) pun join jugak...
Sebelum tulis panjang nak ucapkan berbanyak terimakasih pada Jabatan Veterinar Bukit Tengah kerana bagi peluang kat kami masuk atas nama mereka...
Hari ni 9/June, adalah hari kelima...Dah jual 4 ekoq ND, 2ekoq Fuzzy Lop dan 5ekoq arkus (Guinea Pig)...agak slow, tapi kira Okay la tu...
Selain dari tu, 5 ekog guinea pig dah orang booking...
Syok jugak bila dok tengok perangai pengunjung ni...macam2 perangai orang dok ada....Nanti la sambung lagi !!!

9JUNE2010 Teddy Bear For Sale



Rnab Rkus Seberang Jaya
RABBIT - Teddy Bear
Baka : Teddy Bear
Jantina : Jantan
Warna : Putih , Tompok Oren
Umur : Lebihkurang 2 Bulan
Harga : RM160 (Seekor)
Lokasi :Seberang Jaya, Penang
Contact : 013 485 2527 (Hanif) Call atau SMS Okay.
Nota : Arnab yg anda akan dapat adalah arnab yg dlm gambar.

9JUNE2010 Teddy Bear For Sale


Rnab Rkus Seberang Jaya
RABBIT - Teddy Bear
Baka : Teddy Bear
Jantina : Betina
Warna : Putih , Tompok Hitam
Umur : Lebihkurang 2 Bulan
Harga : RM160 (Seekor)
Lokasi :Seberang Jaya, Penang
Contact : 013 485 2527 (Hanif) Call atau SMS Okay.
Nota : Arnab yg anda akan dapat adalah arnab yg dlm gambar.

9JUNE2010 Netherland Dwarf For Sale


Rnab Rkus Seberang Jaya
RABBIT - Netherland Dwarf
Baka : Netherland Dwarf
Jantina : Betina
Warna : Putih , dekat hujung bulu warna coklat
Umur : Lebihkurang 5 minggu
Harga : RM170 (Seekor)
Lokasi :Seberang Jaya, Penang
Contact : 013 485 2527 (Hanif) Call atau SMS Okay.
Nota : Arnab yg anda akan dapat adalah arnab yg dlm gambar.