Wednesday, June 30, 2010

UPDATE 1JULY2010 PERTANDINGAN ARNAB CANTIK

Assalamualaikum....

Anda rasa rnab anda cantik...atau rnab anda gebu giler...atau bulu nyer mmmph, pannnjang sangat..sampai tutup mata...atau apa2 sajalah yg membuat anda bangga sangat ngn rnab anda tu.....

MAI LA JOIN KAMI UNTUK PERTANDINGAN ARNAB CANTIK.....

Tarikh : 10/Julai /2010 hingga 11/Julai/2010
Tempat : Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang

Pertandingan Arnab Cantik ni, diadakan sempena dengan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan peringkat P. Pinang. Anjuran bersama Jabatan Veterinar Pulau Pinang dan Kelab Arnab Ku Seberang Perai.

Ekspo tu akan diadakan dari 8/Julai hingga 11/Julai, tapi pertandingan rnab ni kami cuma buat 2 hari saja...10/Julai dan 11/Julai...

Secara ringkas:
- Semua baka rnab berumur 2 bulan keatas layak untuk bertanding.
- Tak ada apa2 kriteria, janji cantik...dah layak untuk bertanding.
- Hakim adalah Juri Awam. Tak pakai Juri Profesional.
-Pengunjung ekspo yg berminat boleh mengisi borang utk pilih rnab yg depa rasa cantik.

Yuran Penyertaan:
Peserta (yg bawak rnab) :RM15.00 (Belum muktamad)
Juri Awam : RM1.00

Hadiah:
Arnab Paling Cantik :
Sepasang Rnab Baka Teddy Bear (Belum Muktamad)
Sangkar
Makanan Untuk Sebulan (Pelet Gold Coin)
Bekas Makanan
Bekas Minuman

Juri Awam (Melalui Cabutan Bertuah)
Sepasang Rnab Baka Mix (Belum Muktamad)
Sangkar
Makanan Untuk Sebulan (Pelet )
Bekas Makanan
Bekas Minuman


Tolong uar-uar kan semua peminat rnab untuk join Pertandingan Arnab Cantik ni..

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En Yusof : 017 436 8010
En Yusof Zaki : 019 494 4498
En Fauzi : 019 523 4597
En Hanif : 013 485 2527

Kita jumpa di sana !!!!!

No comments:

Post a Comment