Monday, February 7, 2011

UPDATE 8FEB2011 PAMERAN ARNAB SEMPENA TAHUN BARU CINA

Assalamulaikum...
cak pong...cak pong....cak pong....cak pong...

PENGUMUMAN, PENGUMUMAN, PENGUMUMAN

Tarikh : 12/Feb/2011 (Sabtu)
Masa : 3:00 petang - 12:00 Tengah Malam.
Tempat : Penang Youth Center

Sempena dengan CNY, Kerajaan Pulau Pinang akan mengadakan acara perayaan dibandar Georgetown...disekitar kawasan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Acheh, Lebuh Buckingham dan kawasan berdekatan.
Bagi memenuhi hasrat Jabatan Veterinar Pulau Pinang, RRSJ dan beberapa penternak disekitar Seberang Perai telah bersetuju untuk menyediakan 100 EKOR ARNAB untuk tujuan PAMERAN DAN JUALAN pada hari tersebut.
Pameran Arnab ini adalah salah satu acara sahaja, terdapat banyak lagi acara lain...
Apa pun, RRSJ dan semua penternak mengambil kesempatan ini untuk mengucap kan berbanyak terimakasih kepada Veterinar Pulau Pinang kerana memberi peluang kepada penternak kecilan seperti kami ini. RRSJ rasa ini adalah peluang terbaik untuk kami menonjol kan diri disamping menembusi tembok pasaran dikalangan masyarakat Cina....
Pada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa, silalah menziarahi kami di Penang Youth Center pada 12/Feb/2011, jam 3 petang hingga 12 tengah malam nanti...
Penternak yang turut serta:
1. De' Ara Village Rabbit Farm (en Yusof)
2. Kebun Arnab Aiman
3. Fauzi (Kg Tok Panjang)
4. Zamri (Kg Tok Panjang)
5. Arnab Tadika (Faisal)
6. Rnab Rkus Seberang Jaya (RRSJ-Hanif)

4 comments:

  1. Terbaek!!! glomour wo hampa lepaih ni..boh mekup kat depa bagi bagi lawa2..baru 1Malaysia tau arnab combi lagu mana..

    ReplyDelete